CaHayA KeImAnAN

Alhamdululillah saya memanjat kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta inayahNya, dapat saya membina satu blog yang merupakan salah satu daripada pembelajaran di dalam Teknologi Maklumat Dakwah, ia merupakan pelajaran yang wajib bagi Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan.

Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Dr. Zulkiple Bin. Abd.Ghani yang merupakan salah seorang pensyarah di Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan yang sanggup berkongsi ilmu berkaitan dengan Teknologi Maklumat yang mana sebelum ini saya tidak mengetahui apakah yang di katakan dengan blog, dengan adanya pembelajaran Teknologi Maklumat ini saya ditugaskan untuk membina satu projek pembinaan kandungan blog dakwah.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya ucapkan kepada kawan-kawan yang meluangkan masa mereka untuk melayari blog saya ini serta memberi komen kepada blog saya yang tidak seberapa ini.

Konsep blog saya ialah Cahaya Keimanan, di mana konsep blog yang dikatakan Cahaya Keimanan ini adalah kerana di dalam blog ini saya memasukkan isu-isu yang berkaitan dengan unsur-unsur islamik yang mana dalam isu-isu yang di masukkan ini dapat mengukur tahap keimanan seseorang di mana adakah mereka boleh menerima isu-isu yang di masukkan itu ke dalam diri mereka untuk melahirkan insan yang berilmu dan beramal dan bertaqwa, malah dapat melahirkan cahaya keimanan di dalam diri seseorang dengan ilmu yang mereka perolehi terutama di dalam blog Cahaya Keimanan ini.

Akhir kata saya mengharap semoga usaha seumpama ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang kearah merealisasikan dakwah melalui blog di kalangan umat Islam.

Sekian, wassalam.

Isu Negara Islam

Isu “Negara Islam” di Malaysia menimbulkan kontroversi bukan sahaja di kalangan Muslim tetapi juga bukan Muslim. Bagi seorang muslim yang memahami serta mendapat gambaran sebenar tasawwur “negara Islam” di zaman Nabi Muhammad saw dan zaman-zaman khalifah selepas baginda, ianya tidak menimbulkan sebarang keraguan. Malah, “negara Islam” yang dimaksudkan itu sentiasa menjadi impian bagi seseorang Muslim yang mempunyai persepsi yang jelas mengenai rupa bentuk negara Islam. Manakala bagi orang yang tidak mendapat gambaran yang jelas dan tidak memahami konsep serta tasawwur “negara Islam” yang dimaksudkan, samada mereka itu orang Islam atau bukan Islam, maka sudah pasti mereka akan ragu-ragu dan menolaknya. Apatah lagi apabila ada pihak yang tidak suka kepada Islam atau “negara Islam” itu menjalankan propaganda negatif dan memberikan gambaran yang salah kepada orang ramai khususnya kepada orang bukan Islam.
Justeru tidak hairanlah jika ada orang yang menolak cadangan “negara Islam” yang ingin diketengahkan oleh beberapa golongan samada badan bukan kerajaan atau parti politik atau individu. Apabila ini berlaku, maka sukar bagi umat Islam untuk menyalahkan orang bukan Islam yang menolak “negara Islam” kerana di dalam pemikiran orang bukan Islam seperti beberapa orang pimpinan parti DAP, MIC, dan MCA yang sudah pasti tidak memahami tasawwur “negara Islam” sebenar. Apabila seseorang itu tidak mempunyai maklumat yang betul atau benar, sudah tentu ia akan ragu-ragu dan kadangkala akan memusuhi pihak yang satu lagi. Ini bermakna menjadi umat Islam harus menyahut cabaran bagi memberikan penjelasan demi penjelasan mengenai apa yang dimaksudkan dengan “negara Islam.” Ringkasnya usaha dakwah dalam menyampaikan maksud sebenar konsep dan tasawwur negara Islam serta kebaikan dan keadilan dalam pemerintahan Islam.
Perlu ditekankan di sini bahawa isu “negara Islam” sering disalahtafsirkan. “Negara Islam” tidak boleh diukur dengan majoriti atau minoriti umat Islam di sesebuah negara. Catatan sejarah dengan jelas menunjukkan bahawa orang-orang bukan Islam dalam sesebuah negara pernah menerima Islam sebagai sistem pemerintahan walaupun orang bukan Islam merupakan majoriti di negara berkenaan. Bermula daripada Kerajaan Islam Rasulullah SAW di Madinah yang didiami oleh masyarakat majmuk, kemudian Kerajaan Islam minoriti yang diketuai oleh Abu Musa Al-Asya’ari di Yaman, Kerajaan Islam minoriti Umaiyyah di Andalus dan Kerajaan Islam minoriti Mataram di Jawa, telah membuktikan bahawa “negara Islam” pernah wujud dalam negara di mana majoriti rakyatnya ialah bukan Islam dan yang memerintah negara berkenaan ialah orang Islam.
Seseorang yang bukan Islam, misalnya Ah Chong atau Ramasamy atau Putong A/L Ambok yang sembahyang lima waktu dan puasa dalam bulan Ramadan tidak menjadikan beliau seorang Muslim kerana beliau tidak mengucap dua kalimah syahadah yang bertunjangkan kepada kesedaran tauhid. Begitu jugalah jika sesebuah negara yang membina bank Islam atau sekolah Islam atau masjid untuk orang Islam masih belum boleh dianggap sebagai sebuah negara Islam jika negara tersebut tidak “mengucap dua kalimah syahadah” iaitu meletakkan dasar bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah. Ringkasnya maksud kalimah syahadah ini menafikan adanya Tuhan, peraturan, kuasa, manusia, kebendaan atau perasaan serta nafsu yang lebih besar atau lebih mulia dari Allah SWT dan undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam al-Qur’an dan apa jua yang disampaikan oleh Rasulullah saw.

MENANGANI ISU POLITIK DAN KONFLIK POLITIK KEPARTIAN

Lebih 5 dekad kita berpolitik dengan menggunakan sistem demokrasi melalui pilihanraya. Kini, tibalah masanya kita menilai semula keberkesanan sistem demokrasi dalam pembentukan agenda umat Melayu-Islam di negara ini. Persoalan ini timbul kerana sistem demokrasi yang kita amalkan semakin mewujudkan golongan bertentangan sehingga berlakunya pertarungan yang merobek perpaduan umat Melayu-Islam. Kehancuran perpaduan umat Melayu-Islam bermakna kehancuran proses pembentukan bangsa Malaysia. Tidak dinafikan kita mempunyai perbezaan pendapat di antara satu sama lain kerana kita mempunyai pengalaman, tahap pendidikan dan kepentingan semasa yang berbeza tetapi biarlah pertarungan ini dalam ruang lingkup yang sihat iaitu bersifat mulia-bestari, beradab dan kondusif.
Pertarungan politik yang mengancam perpaduan diantara umat Melayu-Islam telah mewujudkan politik dendam akan memusnahkan kekuatan umat Melayu-Islam. Natijah daripada sikap pelampau dalam politik ini, umat Melayu-Islam sekarang bertindak dan berfikir dalam kerangka politik parti mereka. Fenomena ini sememangnya menjadi barah dikalangan pengikut bawahan. Sebagai contoh, sembahyang di masjid berlainan tempat dalam kampung yang sama dan pembahagian bantuan berdasarkan parti tertentu. Politik dendam yang menjadi pilihan umat Melayu-Islam disebabkan ketidakfahaman mereka dalam menangani isu politik dan konflik politik kepartaian sehingga memusnahkan nilai kemanusiaan dan Islami yang perlu dipelihara.
Perkataan politik berasal daripada perkatan Greek iaitu polis bermaksud bandar, negara dan bijaksana. Abdul Hamid al Ghazali mendefinisikan politik sebagai keahlian memerintah dan menjalankan negara; kekuatan dan kemampuan untuk meraih tujuan politik. Dalam konteks moden, politik boleh dimaknakan sebagai suatu ilmu memerintah yang diatur dan ditadbir oleh sesebuah pertubuhan politik. Sebenarnya, umat Melayu-Islam baru sahaja mengenali politik bercorak institusional yang berkiblatkan Barat dengan penubuhan pertubuhan bercorak politik seperti Kesatuan Melayu Muda, Partai Kebangsaan Melayu Malaya dan UMNO. Selama ini umat Melayu-Islam telah terbiasa dengan sistem politik naungan yang bergantung harap kepada kepimpinan personal.
Keseluruhan pimpinan umat Melayu-Islam tertakluk kepada idea bertuankan kepada para sultan atau pembesar. Ini bermakna pengikut atau rakyat dalam struktur masyarakat Melayu-Islam dihubungkan dengan konsep hamba tuan kepada kepimpinan personal yang mempunyai daulat, karisma dan wibawa yang diabsahkan melalui tradisi atau melalui undang-undang yang diinstitusikan. Pemimpin politik juga bertindak sebagai protector (pelindung) dan patron (penaung) kepada rakyat atau pengikut. Kedatangan British telah mengubahkan budaya politik pimpinan personal Melayu kepada kepimpinan Melayu bercorak institusi melalui parti politik. Walau bagaimanapun, budaya feudal tersebut tidak diberesi secara lumat oleh British. Impaknya, muncullah ‘orang-orang’ tertentu dalam parti pemerintah yang bercakaran sesama sendiri.
Hadirnya sistem demokrasi berpilihanraya di Tanah Melayu menyebabkan munculnya parti politik seperti PAS dan UMNO yang cukup berpengaruh dalam masyarakat Melayu-Islam. Pertembungan kedua-dua parti Melayu-Islam ini seringkali tidak terkendali sehingga mewujudkan suasana permusuhan di kalangan pendukung kedua-dua parti. Api permusuhan ini semakin marak sehingga isu yang memerlukan kebersamaan sukar dijalinkan kesepakatan. Akibatnya umat Melayu-Islam sendiri akan menanggung kerugian dan ia akan menguntungkan pihak lain yang berkepentingan.
Permusuhan ini disebabkan oleh perebutan kuasa pemerintahan sehingga kedua-dua pihak gagal melihat perbezaan diantara kepentingan politik dan kepentingan politik kepartaian. Berparti bermakna kita berpolitik tetapi berpolitik tidak bermakna kita berparti. Kita boleh melihat insan berjalur bebas seperti aktivis mahasiswa sosialis, Hishamuddin Rais yang memperjuangkan hak kemanusiaan dan keadilan berdasarkan fahaman sosialis beliau tanpa parti. Iman as syahid Hasan al Banna menyifatkan politik tanpa parti adalah politik mutlak dimana ia melihat hal ehwal dalaman umat dan luarannya tanpa mengaitkan dengan kepartaian. Oleh sebab itu, isu-isu seperti isu Anwar, isu hudud dan tahanan ISA perlu dilihat dalam konteks pemaknaan politik yang lebih luas melepasi sempadan parti politik. Isu-isu tersebut melibatkan persoalan hak asasi manusia dan Islami.
Manusia atau organisasi yang bersikap non-partisan boleh berpolitik dengan makna boleh menyatakan pandangan dan isu-isu. Perjuangan politik tanpa parti berdasarkan prinsip dan isu politik bukannya politik kepartaian yang berorientasikan mengejar kekuasaan. Oleh sebab itu, pendukung politik tanpa parti boleh membuat pertimbangan rasional dan adil dalam menilai sesuatu perkara. Segala pertimbangan akan dilakukan berdasarkan nilai keadilan dan kebenaran bukannya meraih undi atau kepentingan parti politik.
Ketidakfahaman tentang politik dan politik kepartaian cukup membarah dipelbagai lapisan umat Melayu-Islam. Paling memilukan apabila para pemimpin parti politik dan cerdik pandai Melayu bagaikan berpesta dengan ketidakfahaman ini bagi mengaut keuntungan perut mereka. Mereka bangga memperbodohkan rakyat dengan mengapi-apikan permusuhan dan meneruskan diskriminasi-diskriminasi agar pihak bertentangan terus memusuhi mereka.
Terasa teramat malang jika kita meneropong suasana politik mahasiswa Melayu di kampus-kampus nasional yang turut terkena tempias politik dendam dan diskriminatif. Suasana permusuhan yang dilebarkan oleh budaya politik kepartaian turut menggugat suasana keintelektualan di universiti yang selama ini dianggap neutral dan berautoriti sifatnya. Kader-kader parti mula bertarung dalam pilihanraya kampus dalam suasana yang tegang. Universiti yang dilihat sebagai taman keilmuan dan diharapkan melahirkan intelek-intelek ‘insan al kamil’ telah menjadi sarang menetaskan benih-benih perpecahan ummah.
Menurut Yusof al Qaradhawi dalam Fiqh Daulah, berbilang parti politik ini perlu berada dalam kerangka kesatuan akidah Islam dimana matlamat utama adalah menegakkan kekuasaan Ilahi tetapi perbezaan yang berlaku hanya pada persoalan pendekatan sahaja. Kekeliruan yang timbul apabila umat Melayu-Islam gagal memprofesionalkan perbezaan pendapat mereka dengan mengimport sistem berparti Barat tetapi bermentaliti dunia ketiga. Di Barat, mereka yang kalah dalam pilihanraya akur kehendak rakyat. Contohnya, Kerry calon presiden USA yang tewas mengucap taniah kepada Bush tetapi di Malaysia, pihak yang menang dicela dan pihak yang kalah didiskriminatif. Akibatnya berlaku perpecahan umat Melayu-Islam yang merugikan.
Perpecahan umat yang merugikan ini perlulah dibanteras melalui pendidikan politik yang sihat. Pertama, tranformasi pemikiran politik perlu diregenerasi, dimana rakyat haruslah dididik bahawa parti hanyalah regalia untuk menyalurkan aspirasi politik berasaskan pertentangan polisi dan pendekatan dalam pentadbiran bukannya sebagai satu cara hidup yang berpaksikan politik dalam segala aspek kehidupan. Suasana kondusif perlu dipupuk dengan memansuhkan amalan yang bersifat diskriminatif. Keadilan dituntut dalam pembahagian bantuan subsidi, kenaikan pangkat dan pembahagian projek dibuat tanpa melihat label parti politik. Suasana kondusif dapat mengurangkan ketegangan politik dan memarginalisasikan politik dendam di kalangan ahli masyarakat.
Kedua, parti politik boleh menangani isu-isu yang memerlukan kesepakatan politik. Menurut Siddiq Fadzil, antara isu yang boleh disepakati adalah isu pelajaran, budaya dan Bahasa Melayu. Syarahan perdana tentang Palestin anjuran ABIM yang menemukan Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor dengan Tun Dr. Mahathir Mohammad haruslah diteruskan secara kerap agar perpaduan umat Melayu-Islam dapat dijalinkan. Kesepakatan yang termeterai boleh membawa parti-parti yang bertentangan ke arah politik persefahaman iaitu bersepakat dalam isu yang memerlukan kebersamaan.
Parti politik Melayu-Islam perlu mengamalkan prinsip politik bermoral yang berasaskan sifat mulia-bestari agar politik dakwah dapat direalisasikan. Menurut Dr. M. Hidayat Nurwahid, mantan Presiden Parti Keadilan Sejahtera Indonesia [PKS], politik dakwah dirumuskan sebagai kebijakan yang disusun dalam upaya mengendalikan dakwah Islam. Politik boleh menjadikan alat dakwah jika pemain-pemain politik mencontohi akhlak dalam urusan politik Rasulullah SAW. Kehidupan politik Rasulullah SAW dilatari dengan kesederhanaan, keadilan, kebenaran, toleransi dan penuh dengan nilai kemanusiaan yang berakar-tunjangkan Islami haruslah ditauladani oleh pendukung parti politik. Di Indonesia, PKS melalui pemimpin utamanya seperti Abdi Sumaithi, Ketua Fraksi PKS di Majlis Permesyuaratan Rakyat dan Anton Apriyantono, Menteri Pertanian menonjolkan kesederhanaan dengan menolak peruntukan yang mewah kepada mereka oleh kerajaan.
Kegagalan Parti Refah Turki dan FIS di Algeria mengambarkan persaingan politik yang sengit boleh menghancurkan niat baik sesebuah parti politik. Perebutan kuasa akan merugikan kedua-dua parti politik yang bermusuhan. Sebagai alternatif, dianjurkan power sharing [perkongsian kuasa] diantara kerajaan dengan parti oposisi. Menurut Rached al Ghannoushi, pemimpin Parti Nahdah Tunisia menyatakan pembangkang boleh bergerak dan bekerja dalam bidang masyarakat awam seperti dalam bidang pendidikan dan kebudayaan. Penyertaan pembangkang dengan kadar kecil akan mengurangkan ketegangan politik membolehkan proses pengislahan masyarakat dilakukan secara lebih berkesan. Di Malaysia, suasana ini boleh direalisasikan kerana semua parti politik umat Melayu-Islam telah menonjolkan elemen Islami seperti Islam Hadhari, Negara Islam dan Masyarakat Madani dalam perjuangan politik mereka. Sungguh indah jika semua parti politik ini mengorak langkah dengan berpakat melaksanakan agenda umat Melayu-Islam yang dicita-citakan bersama.
Umat Melayu Islam perlu berusaha menangani isu politik dan konflik politik kepartaian mereka sebaik mungkin agar agenda umat Melayu-Islam dapat dilaksanakan dalam suasana harmonis. Parti politik Melayu-Islam wajar mengislah diri dan masyarakat dengan proses political socialization [pembudayaan politik] yang sihat, bermoral dan Islami. Teringat pesan Pak Rendra, seniman Indonesia, “kita tidak boleh disatukan oleh masa lalu. Kita hanya boleh disatukan oleh masa depan”. Ini pengharapan tinggi kepada parti umat Melayu-Islam agar bersatu pada masa depan. Berpakatlah.

FENOMENA Sufiah Yusof, pelajar pintar dari Universiti Oxford yang dikatakan tergelincir akhlaknya sebenarnya sudah lama menjalar di kalangan pelajar di kampus negara ini. Sesetengah mereka cemerlang dan baik ketika di sekolah, namun tewas ketika di universiti. Ada yang bertukar watak dan perangai hingga merisaukan ibu bapa di kampung.

Ada yang beranggapan universiti sebagai jalur sempadan memisahkan keperluan mendalami bidang akademik dan agama. Bagi mereka ilmu fardu ain berhenti setakat zaman sekolah dan di universiti mula belajar ilmu fardu kifayah.

Ilmu berkaitan akidah, fiqah dan akhlak sudah belajar ketika zaman sekolah, maka zaman kampus harus tumpukan subjek akademik universiti saja. Dengan merangkul segulung ijazah, mereka menggunakannya untuk mencari wang dan pekerjaan.

Dalam buku Pembangunan di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru Yang Sempurna, tulisan Prof Wan Mohd Nor Wan Daud ada mengungkapkan bab yang penting iaitu Peranan Pendidikan Islam di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Bagi Prof Wan Mohd Nor, peringkat universiti cukup genting untuk menyusun dan memantapkan kefahaman Islam seseorang. Jika ketika peringkat tertinggi ini tidak diberi perhatian, ramai akan kecundang akibat arus deras kejutan budaya dan faham sekularisme yang masih menebal dalam disiplin akademik universiti.

Akibatnya sudah boleh diperhatikan di sekeliling kita, apabila ramai menjadi mangsa 'kekejaman' zaman universiti yang tidak mengenal mangsa. Putaran 'kejam' ini bertambah garang tatkala semakin ramai pelajar kehilangan pedoman diri.


Seharusnya jika individu belajar agama di sekolah menengah, sentiasa menjaga solat dan berakhlak baik, ia boleh berkekalan sehingga ke peringkat universiti dan sampai bila-bila.

Namun, iman manusia tidak ada jaminan boleh kekal tanpa sikap istiqamah dalam agama. Untuk mengekalkan iman dalam diri, ia memerlukan ilmu dan sistem yang kemas.

Kerana itulah Prof Wan Mohd Nor membuktikan bahawa Baginda Rasulullah SAW benar-benar diberi amanah menyampaikan wahyu ketika peringkat umur dewasa iaitu 40 tahun.

Ini mesej yang signifikan bahawa konteks umur yang matang sudah bersedia menerima amanah agama itu. Dalam konteks pengajian di universiti, seharusnya ada satu sistem berterusan membina keperibadian pelajar berdasarkan agama.

Apa yang ada hari ini ialah, universiti semacam melepaskan tangan dalam aspek pendidikan agama.

Seharusnya Kementerian Pengajian Tinggi menyusun dengan kemas proses pendidikan Islam yang sesuai dengan usia warga kampus. Kemungkinan setiap universiti mempunyai cara dan kaedah berbeza, namun semestinya setiap universiti mempunyai hala tuju yang sama dalam pendidikan Islam.

Ini cabaran kementerian berkenaan hari ini kerana universiti bukan sekadar pusat ilmu yang berdiri kerana bangunan fizikal yang cantik dan besar, sebaliknya pemain utama universiti ialah pelajarnya dan sistem pendidikan yang kemas untuk pelajar.

Isu kemerosotan akhlak memang ada kaitannya dengan kurangnya susunan sistem pendidikan Islam yang kemas kepada pelajarnya. Selain kursus pengajian Islam yang ditawarkan, pelajar akan menghadap 90 peratus pengajiannya tanpa elemen tambahan pendidikan Islam yang kemas.

Mereka akan menghadiri secara sukarela kuliah di masjid dan mana-mana ilmu untuk mendapatkan ilmu agama. Ini juga bukan bermakna semua pelajar pengajian Islam bebas daripada masalah moral, namun ia masih minimum dan jika ada pun bukan faktor pendidikan Islam itu, tetapi faktor peribadi yang bermasalah.

Perkara asas yang menjadi jalur minimum untuk dijadikan teras ialah supaya pelajar mempunyai pandangan alam yang Islami. Ini adalah subjek yang umum dan menjadi kerangka asas dalam memahami agama.

Ia ramuan ilmu tauhid, fikah dan akhlak yang diadun supaya membentuk kerangka memahami agama.

Untuk mewujudkan keghairahan pembentukan sistem pendidikan Islam yang kemas dan berkualiti, ia memerlukan komitmen budaya ilmu dan berjiwa besar. Jika universiti sendiri mengambil sikap tertutup dan antiilmu, maka agak sukar untuk merealisasikan impian ini.

Sebenarnya faktor kemerosotan akhlak dan miskinnya komitmen untuk mendirikan sistem pendidikan Islam yang kemas, berkait rapat dengan ranking universiti pada peringkat antarabangsa.

Badan Pemikir Nasional Mengenai Pendidikan (National Brains Trust on Education) berkata, Malaysia perlu menubuhkan beberapa pusat kecemerlangan dalam bidang pendidikan untuk melahirkan tenaga kerja kelas dunia bagi menghadapi cabaran globalisasi.

Prof Wan Mohd Nor juga berkata, kecemerlangan pada peringkat IPT bergantung kepada beberapa faktor utama berkaitan, iaitu:

l Kecemerlangan bergantung kepada kualiti ilmiah dan akhlak serta kewibawaan pimpinan tertinggi daripada peringkat Rektor/Naib Canselor, profesor, dekan, sehinggalah kepada pensyarah.

l Kemudahan penyelidikan yang tercermin pada khazanah perpustakaan, kemudahan ICT dan dana penyelidikan dan pembangunan.

l Iklim dan budaya ilmu yang tinggi.

l Pelajar yang layak dan gigih.

l Ganjaran ekonomi yang setimpal dengan pengorbanan dan kelayakan ahli akademik, pentadbir dan pelajar.

l Sokongan dan kepercayaan kerajaan secara berterusan terhadap kecemerlangan keilmuan jangka panjang dan jangka pendek.

Kesimpulannya, kementerian berkenaan harus serius mendirikan komitmen baru dengan menyusun sistem pendidikan Islam yang kemas pada peringkat universiti. Jika program seperti Biro Tatanegara (BTN) boleh diagendakan sebagai indoktrinasi mental pelajar, maka pendidikan Islam semestinya wajib dilaksanakan.

Malah, proses ini memerlukan komitmen budaya ilmu secara menyeluruh supaya agenda mendidik generasi terpelajar ini daripada menjadi korban 'putaran kejam' sistem universiti dapat diselamatkan. Budaya ilmu lahir jika ada komitmen tinggi daripada pemerintah dan kementerian. Pendekatan top-down sangat relevan dalam konteks ini.

Kementerian juga boleh manfaatkan institusi agama untuk mengadakan latihan kefahaman Islam kepada pemimpin atasan universiti dan pemimpin pelajar kampus.

Latihan intensif ini mensasarkan kefahaman akan pandangan alam yang Islamik. Institusi agama ini seperti badan bukan kerajaan (NGO) dan institut pemikir yang tiada kepentingan politik boleh dimanfaatkan.

SETIAP hari kita akan membaca di akhbar mendapati banyak permohonan mendapatkan permit menjual minuman memabukkan di negara kita. Peraturan yang berkuatkuasa sekarang mengkehendaki orang yang berhasrat menjual minuman memabukkan hendaklah mendapat permit atau lesen terlebih dulu.
Pemohon juga perlu mengiklankan hasratnya bagi mengetahui sama ada wujud bantahan oleh orang ramai atau sebaliknya. Tujuan peraturan itu memang baik bagi mengawal, memantau dan menyelia penjualan minuman memabukkan secara berleluasa sejajar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.
Namun hakikatnya, masih banyak kedai yang menjual minuman memabukkan secara terbuka. Malah ia mudah diperoleh walaupun oleh orang beragama Islam. Natijahnya, objektif peraturan yang disebut di atas tidak kesampaian.
Penjualan minuman memabukkan yang berleluasa ini mendatangkan keresahan di kalangan orang Islam khususnya apabila premis menjual arak itu terlalu hampir dengan kawasan perumahan yang majoritinya didiami orang Islam atau di premis yang dibuka 24 jam sehari, memungkinkan orang Islam membelinya tatkala tiada ramai pengunjung kedai itu.
Malah kegusaran itu ditambah lagi apabila kita mendapati minuman memabukkan itu diletakkan sebaris dengan minuman lain. Seolah-olah sensitiviti umat Islam langsung tidak diambil kira dalam hal ini kerana pekedai hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
Penulis banyak menerima rungutan berhubung perkara itu dan ada yang begitu kesal kerana kadang-kadang secara tidak sengaja menyentuh barangan diharamkan agama. Bukan itu saja, sebahagian permit yang diberikan juga menganjurkan perlakuan jenayah di sisi undang-undang.
Umpamanya seksyen 18 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 memperuntukkan: 18(1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Seksyen 18 (2) pula memperuntukkan: Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman memabukkan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Ini bermakna bukan saja meminum memabukkan seperti arak adalah salah di sisi undang-undang, malah orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan juga melakukan jenayah menurut enakmen sama. Malah, dalam kategori kedua ini hukumannya adalah lebih berat berbanding kategori pertama.
Oleh itu, pihak berkuasa hendaklah berhati-hati dalam meluluskan lesen penjualan minuman memabukkan seperti arak dan sudah sewajarnya memberi syarat khusus bahawa kakitangan yang terbabit dalam membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman memabukkan hendaklah daripada kalangan bukan Islam.
Hormatilah agama Islam seperti mana bukan Islam menagih orang Islam menghormati agama mereka. Penghormatan penting bagi menjamin keharmonian masyarakat khususnya masyarakat pelbagai bangsa, ras dan agama.
Adalah tidak adil kepada pekerja beragama Islam yang terpaksa membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan bagi pihak majikannya.
Hasilnya, pihak majikan mendapat keuntungan daripada jualan minuman memabukkan itu manakala pekerja yang terpaksa menjual pula menanggung risiko melakukan jenayah di sisi Enakmen Jenayah Syariah.
Sudah tentulah ia tidak adil dan memudaratkan umat Islam secara keseluruhannya. Apatah lagi jika majikan itu bukan Islam, mereka menikmati imuniti daripada Enakmen Jenayah Syariah.
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyarankan jika lesen penjualan minuman memabukkan diberikan, pihak berwajib perlu mengawal bilangan lesen diberikan di sesuatu tempat, memastikan syarat majikan tidak boleh memaksa, mengarah pekerja Islam mengendalikan penjualan arak sama ada kepada orang Islam atau bukan Islam.
PGSM sedar saranan ini sudah tentu akan menimbulkan pelbagai reaksi sama ada di kalangan orang Islam dan bukan Islam, tetapi inilah hakikat yang perlu diutarakan dan diinsafi setiap rakyat.
Sudah tentu ada yang menyatakan syarat disyorkan hanya akan menyebabkan orang Islam menjadi pilihan terakhir sebagai pekerja dan meningkatkan kadar pengangguran di kalangan orang Islam. Bagi menjawab persoalan ini, sebenarnya kita perlu menimbang neraca manakah yang ingin digunakan bagi mencapai sesuatu kesimpulan. Adakah lebih baik menggadai agama demi mendapat rezeki yang sudah tentu tidak diberkati Allah.
Malah sektor pekerjaan di negara ini sebenarnya masih terbuka luas bagi mencari rezeki yang halal dan diberkati. Hanya terpulang kepada diri kita sendiri untuk merebut peluang. Ini terbukti kerana ada ramai pendatang asing yang datang ke negara kita mencari rezeki melalui saluran dibenarkan undang-undang atau sebaliknya.
Jika di negara kita kurang pekerjaan, sudah tentu mereka tidak berpusu-pusu datang ke Malaysia mencari rezeki. Cuma, mungkin orang Islam terlalu memilih sektor pekerjaan yang mementingkan imej dan kesenangan kerja.
Ia sebenarnya tidak selaras dengan kehendak hukum syarak yang menganjurkan kita berusaha sedaya upaya mencari rezeki. Penulis teringat hadis diriwayatkan apabila Rasulullah melihat tangan seorang sahabat yang bengkak.
Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat itu kenapa tangannya bengkak. Lalu sahabat tadi menjawab: �Wahai Rasulullah, tangan inilah yang memberi makan isteri dan anak-anakku. Lantaran Rasulullah SAW membalas: Tangan itu tidak akan dibakar oleh api neraka.�
Ini bermakna walaupun sesuatu pekerjaan sukar dan boleh mendatangkan ketidakselesaan, demi mencari rezeki bagi menyara keluarga, pekerjaan itu sebenarnya mulia di sisi agama.
Berbalik kepada penjualan minuman memabukkan, sudah sampai masanya bagi pekerja Islam diberi penghormatan sewajarnya untuk mengamalkan agamanya dengan tidak dipaksa menjual arak, memberi pilihan kepada pekerja Islam memakai pakaian menutup aurat, memberi peluang pekerja Islam menunaikan solat tanpa didenda atau sebagainya dan tidak dipaksa memegang benda diharamkan.
Sebenarnya ini kebebasan mengamalkan agama yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
PGSM juga meminta pihak berkuasa agama di negeri yang menguatkuasakan seksyen 18 itu dengan ketat. Ini bagi memberi kesedaran kepada masyarakat Islam mengenai kesalahan seperti dinyatakan di atas.
Mungkin ramai di kalangan umat Islam termasuk pihak penguatkuasa, pihak berkuasa tempatan dan kerajaan sendiri yang tidak menyedari kewujudan peruntukan itu. Sudah tiba masanya untuk bergerak melaksanakan peruntukan yang sudah lama wujud ini.
Masyarakat Islam perlu tahu hak dan tanggungjawab sebagai orang Islam. Bukanlah tujuan kita untuk memporak perandakan masyarakat tetapi hanyalah sekadar menjunjung Perlembagaan Persekutuan yang mengabsahkan kedudukan tinggi undang-undang dan agama Islam.

PENDIDIKAN ANAK-ANAK: BEBERAPA TANGGUNGJAWAB

Memberikan Kasih sayang

Rasulullah saw. sangat penyayang terhadap anak-anak, baik terhadap keturunan beliau sendiri ataupun anak orang lain. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahwa suatu ketika Rasulullah saw. mencium Hasan bin Ali dan didekatnya ada Al-Aqra’ bin Hayis At-Tamimi sedang duduk. Ia kemudian berkata, “Aku memiliki sepuluh orang anak dan tidak pernah aku mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah saw. segera memandang kepadanya dan berkata, “Man laa yarham laa yurham, barangsiapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi.” (HR. Bukhari di Kitab Adab, hadits nombor 5538).

Bahkan dalam shalat pun Rasulullah saw. tidak melarang anak-anak dekat dengan beliau. Hal ini kita dapat dari cerita Abi Qatadah, “Suatu ketika Rasulullah saw. mendatangi kami bersama Umamah binti Abil Ash –anak Zainab, putri Rasulullah saw.—Beliau meletakkannya di atas bahunya. Beliau kemudian shalat dan ketika rukuk, Beliau meletakkannya dan saat bangkit dari sujud, Beliau mengangkat kembali.” (HR. Muslim dalam Kitab Masajid wa Mawadhi’ush Shalah, hadits nombor 840).

Peristiwa itu bukan kejadian satu-satunya yang dirakam dalam sejarah. Abdullah bin Syaddad juga meriwayatkan dari ayahnya bahwa, “Ketika waktu datang shalat Isya, Rasulullah saw. datang sambil membawa Hasan dan Husain. Beliau kemudian maju (sebagai imam) dan meletakkan cucunya. Beliau kemudian takbir untuk shalat. Ketika sujud, Beliau pun memanjangkan sujudnya. Ayahku berkata, ‘Saya kemudian mengangkat kepalaku dan melihat anak kecil itu berada di atas punggung Rasulullah saw. yang sedang bersujud. Saya kemudian sujud kembali.’ Setelah selesai shalat, orang-orang pun berkata, ‘Wahai Rasulullah, saat sedang sujud di antara dua sujudmu tadi, engkau melakukannya sangat lama, sehingga kami mengira telah terjadi sebuha peristiwa besar, atau telah turun wahyu kepadamu.’ Beliau kemudian berkata, ‘Semua yang engkau katakan itu tidak terjadi, tapi cucuku sedang bersenang-senang denganku, dan aku tidak suka menghentikannya sampai dia menyelesaikan keinginannya.” (HR. An-Nasai dalam Kitab At-Thathbiq, hadits nombor 1129).


Usamah bin Zaid ketika masih kecil punya kenangan manis dalam pangkuan Rasulullah saw. “Rasulullah saw. pernah mengambil dan mendudukkanku di atas pahanya, dan meletakkan Hasan di atas pahanya yang lain, kemudian memeluk kami berdua, dan berkata, ‘Ya Allah, kasihanilah keduanya, karena sesungguhnya aku mengasihi keduanya.’” (HR. Bukhari dalam Kitab Adab, hadits nombor 5544).

Begitulah Rasulullah saw. bersikap kepada anak-anak. Secara halus Beliau mengajarkan kepada kita untuk memperhatikan anak-anaknya. Beliau juga mencontohkan dalam praktik bagaimana bersikap kepada anak dengan penuh cinta, kasih, dan kelemah-lembutan.


Memuliakan Anak-anak

Anak-anak dengan dimuliakan dengan mencarikan bakal ibu mereka dari kalangan perempuan yang solehah, serta memberikan nama mereka dengan nama-nama yang baik serta mengajarkan amali Islam kepadanya.

Seorang lelaki penah mendatangi Umar bin Khattab seraya mengadukan kedurhakaan anaknya. Umar kemudian memanggil putra orang tua itu dan menghardiknya atas kedurhakaannya. Tidak lama kemudan anak itu berkata, “Wahai Amirul Mukminin, bukankah sang anak memiliki hak atas orang tuanya?”
“Betul,” jawab Umar.
“Apakah hak sang anak?”
“Memilih calon ibu yang baik untuknya, memberinya nama yang baik, dan mengajarkannya Al-Qur’an,” jawab Umar.
“Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya ayahku tidak melakukan satu pun dari apa yang engkau sebutkan. Adapun ibuku, ia adalah wanita berkulit hitam bekas hamba sahaya orang majusi; ia menamakanku Ju’lan (kumbang), dan tidak mengajariku satu huruf pun dari Al-Qur’an,” kata anak itu.
Umar segera memandang orang tua itu dan berkata kepadanya, “Engkau datang untuk mengadukan kedurhakaan anakmu, padahal engkau telah durhaka kepadanya sebelum ia mendurhakaimu. Engkau telah berbuat buruk kepadanya sebelum ia berbuat buruk kepadamu.”

Rasulullah saw. sangat menekankan agar kita memberi nama yang baik kepada anak-anak kita. Abu Darda’ meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya kalian akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama-nama kalian dan nama ayah kalian, maka perbaikilah nama kalian.” (HR. Abu Dawud dalam Kitab Adab, hadits nombor 4297).

Karena itu Rasulullah saw. kerap mengganti nama seseorang yang bermakna jelek dengan nama baru yang baik. Atau, mengganti julukan-julukan yang buruk kepada seseorang dengan julukan yang baik dan bermakna positif. Misalnya, Harb (perang) menjadi Husain, Huznan (yang sedih) menjadi Sahlun (mudah), Bani Maghwiyah (yang tergelincir) menjadi Bani Rusyd (yang diberi petunjuk). Rasulullah saw. memanggil Aisyah dengan nama kecil Aisy untuk memberi kesan lembut dan sayang.

Jadi, adalah sebuah bentuk kejahatan bila kita memberi dan memanggil anak kita dengan sebutan yang buruk lagi dan bermakna menghinakan dirinya.


Berlaku adil kepada semua anak-anak

Berlaku adil kepada semua anak-anak akan menumbuhkan kasih saying diantara mereka serta merapatkan silaturahim di kalangan mereka. Sifat ini akan dapat mengelakkan serta menghapuskan rasa permusuhan, kedengkian dan irihati di antara mereka

Nu’man bin Basyir bercerita, “Ayahku menginfakkan sebagian hartanya untukku. Ibuku –’Amrah binti Rawahah—kemudian berkata, ‘Saya tidak suka engkau melakukan hal itu sehinggi menemui Rasulullah.’ Ayahku kemudian berangkat menemui Rasulullah saw. sebagai saksi atas sedekah yang diberikan kepadaku. Rasulullah saw. berkata kepadanya, ‘Apakah engkau melakukan hal ini kepada seluruh anak-anakmu?’ Ia berkata, ‘Tidak.’ Rasulullah saw. berkata, ‘Bertakwalah kepada Allah dan berlaku adillah kepada anak-anakmu.’ Ayahku kemudian kembali dan menarik lagi sedekah itu.” (HR. Muslim dalam Kitab Al-Hibaat, hadits nombor 3055).

Puncak kezaliman kepada anak apabila ibu bapa gagal untuk menzahirkan rasa cinta dan sayangnya kepada anak-anak yang dilahirkan dengan sifat-sifat serba kekurangan seperti kurang cantik, kurang pandai, atau cacat anggota tubuhnya. Walhal segala kekurangan yang ada pada diri mereka merupakan takdir dan iradah dari Allah SWT, jadi setiap keterbatasan itu sewajarnya menjadi pendorong dan pemacu kepada ibu bapa untuk lebih kasih, lebih sayang dan lebih menyintai mereka serta membantunya.

Rasulullah saw. bersabda, “Rahimallahu waalidan a’aana waladahu ‘ala birrihi, semoga Allah mengasihi orang tua yang membantu anaknya di atas kebaikan.” (HR. Ibnu Hibban)


Sentiasa mendoakan kebaikan bagi si anak

Abu Hurairah r.a. berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tsalatsatu da’awaatin mustajaabaatun: da’watu al-muzhluumi, da’watu al-musaafiri, da’watu waalidin ‘ala walidihi; Ada tiga doa yang dikabulkan: doa orang yang teraniaya, doa musafir, dan doa (keburukan) orang tua atas anaknya.” (HR. Tirmidzi dalam Kitab Birr wash Shilah, hadits nombor 1828)

Ibu bapa yang setiap hari mengeluarkan perkataan sumpah seranah, maki hamun dan melaknat anak-anak adalah ibu bapa yang paling bodoh kerana ia merupakan satu bentuk doa. Dan setiap doa buruk dari ibu bapa akan dikabul Allah dalam bentuk hukuman ke atas anak itu.

Seseorang perempuan pernah mengadukan perihal kederhakaan puteranya kepada Abdullah bin Mubarak. Abdullah bertanya kepada orang itu, “Apakah engkau pernah berdoa (yang buruk) atasnya.” Orang itu menjawab, “Ya.” Abdullah bin Mubarak berkata, “Engkau telah merusaknya.”

Doa buruk bagi anak adalah bentuk kejahatan yang akan menambah rosak si anak yang sebelumnya sudah durhaka kepada orang tuanya.


Memberi pendidikan yang baik kepada anak

Ada syair Arab yang berbunyi, “Anak yatim itu bukanlah anak yang telah ditinggal orang tuanya dan meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan hina. Sesungguhnya anak yatim itu adalah yang tidak dapat dekat dengan ibunya yang selalu menghindar darinya, atau ayah yang selalu sibuk dan tidak ada waktu bagi anaknya.”

Perhatian. Itulah kata kuncinya. Dan bentuk perhatian yang tertinggi orang tua kepada anaknya adalah memberikan pendidikan yang baik. Tidak memberikan pendidikan yang baik dan maksimum adalah bentuk kecuaian orang tua terhadap anak. Dan segala kejahatan pasti berbuah ancaman yang buruk bagi pelakunya.

Perintah untuk mendidik anak adalah bentuk realisasi iman. Perintah ini diberikan secara umum kepada kepala rumah tangga tanpa memperhatikan latar belakang pendidikan dan kelas sosial. Setiap ayah wajib memberikan pendidikan kepada anaknya tentang agamanya dan memberi keterampilan untuk bisa mandiri dalam menjalani hidupnya kelak. Jadi, berilah pendidikan yang bisa mengantarkan si anak hidup bahagia di dunia dan bahagia di akhirat.

Perintah ini diberikan Allah swt. dalam bentuk umum. “Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (QS. At-Tahrim: 6)

Adalah satu bentuk kecuaian terhadap anak jika ibu bapa tenggelam dalam kesibukan, sehingga lupa mengajarkan anaknya cara shalat. Meskipun kesibukan itu adalah mencari rezeki yang digunakan untuk menafkahi anak-anaknya. Jika ibu bapa berlaku seperti ini, keduanya telah melanggar perintah Allah di surat Thaha ayat 132. “Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.”

Rasulullah saw. bersabda, “Ajarilah anak-anakmu shalat saat mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka (bila tidak melaksanakan shalat) pada usaia sepuluh tahun.” (HR. Tirmidzi dalam Kitab Shalah, hadits nombor 372).

Ketahuilah, tidak ada pemberian yang baik dari orang tua kepada anaknya, selain memberi pendidikan yang baik. Begitu hadits dari Ayyub bin Musa yang berasal dari ayahnya dan ayahnya mendapat dari kakeknya bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Maa nahala waalidun waladan min nahlin afdhala min adabin hasanin, tak ada yang lebih utama yang diberikan orang tua kepada anaknya melebihi adab yang baik.” (HR. Tirmidzi dalam Kitab Birr wash Shilah, hadits nombor 1875. Tirmidzi berkata, “Ini hadits mursal.”)

Ibadat, wirid, zikir hiburan bagi orang mukmin beriman

SEMUA orang sukakan hiburan. Malah ada ketikanya hiburan menjadi suatu keperluan bagi sesetengah orang seperti makanan dan minuman.

Alasannya, hiburan boleh mendatangkan ketenangan, mengurangkan tekanan dan menyegarkan emosi.


Benar, ketegangan dan kegersangan emosi boleh menyebabkan seseorang itu jadi pemarah, perengus, tertekan dan keresahan.

Menyuburkan emosi memang penting kerana dari situ akan timbul sikap kasih sayang, prihatin dan peka pada persekitaran sekeliling.

Tetapi apabila disebut hiburan bukanlah semata-mata yang mungkin difahami anak remaja kini iaitu nyanyian, konsert, pesta, karaoke, kelab malam atau berpeleseran saja. Malah, melihat keindahan alam, melancong, berekspedisi, berkelah atau seumpamanya adalah hiburan.

Bagi lebih jelas, kita lihat tiga kategori hiburan, iaitu:

i- Bagi seorang mukmin iman, amal ibadat, wirid dan zikir atau apa saja perbuatan yang membawa pahala daripada Allah adalah hiburan.

Ini kerana hasil daripada itu adalah ketenangan dan ketenteraman. Jiwa yang sentiasa hidup dan segar. Emosi pula terkawal.

Perkara inilah yang dimaksudkan Allah dalam al-Quran iaitu firman-Nya bermaksud: “Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang.”

ii- Hiburan kategori kedua pula iaitu apa saja cara yang dapat menghilangkan keresahan dan kerunsingan yang tidak bertentangan dengan syariat serta akidah.

Malah, jika dihayati hiburan jenis ini dapat dijadikan cara untuk mendekatkan diri pada Allah. Umpamanya, jika berkelah atau berekspedisi di samping dapat menghilangkan bosan dapat juga merasai kehebatan ciptaan Allah, meresap di jiwa lalu timbul rasa gerun kepada-Nya.

Tetapi hakikatnya, ramai yang tidak menyedari hikmah di sebalik berhibur. Jadi, hiburan hanya sekadar hiburan, terhenti setakat itu saja.

Namun, hiburan kategori ini selagi mana tidak bercanggah dan tidak memberi kesan negatif, ia ibarat ubat mengurangkan kesakitan yang dapat menghilangkan keresahan buat seketika, tetapi tidak dapat menghapuskan punca keresahan itu.

iii- Hiburan kategori ketiga pula ialah yang paling popular di kalangan ramai kini, terutama muda-mudi. Konsert artis, nyanyian yang lalai, pesta, kelab malam, berpasangan dan seumpamanya adalah menjadi hambatan hidup remaja kini.

Hiburan ini bukan saja tidak bersifat menyembuhkan, malah umpama penagihan dadah. Memang seronok, ibarat gula-gula, manis dan sedap tetapi tidak mengenyangkan.

Keseronokan itu bukan bererti kebahagiaan atau ketenangan. Malah, beransur-ansur membawa akibat buruk dan negatif pada jangka masa panjang.

Hiburan kategori ini mendatangkan kesan buruk pada hati yang tidak dapat dikesan. Hati menjadi keras, gelap, lalu terdinding daripada mendapat kelazatan mengingati Allah, malah sukar untuk menerima kebenaran.

Justeru, orang yang mendapat hiburan hakiki (sebenar) umpama mendapat hidangan dan makanan lazat lagi enak, tidak perlu lagi pada gula-gula yang tidak berkhasiat.

Selalunya hanya kanak-kanak yang amat gemar pada gula-gula, manakala golongan dewasa tidak kerana mereka lebih mengutamakan makanan mengenyangkan.

Maksiat halang tekun beribadat


APAKAH kita pernah mengalami perasaan malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau ada kenikmatan ketika membaca al-Quran atau solat?

Atau mungkin berasa susah bangun malam untuk qiyamulail, padahal jam dikunci untuk mengejutkan kita atau telefon bimbit sudah dipasang tetapi ketika berdering, tetap terlelap dalam tidur.


Apa yang kedengaran hanya seperti dalam mimpi dan akhirnya jam dan telefon bimbit mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar. Selepas itu, tarik selimut dan tidur lagi. Padahal, biasanya dengan mudah boleh bangun.

Jadi, apa yang sudah terjadi dengan diri kita? Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat al-Quran atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja memlambatkan waktu menunaikan solat?

Terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita isytiharkan hari malang atau tidak ada ‘mood’. Makin malang, kita dengan sengaja melanggar perintah Allah.

Jika hal itu terjadi pada kita, segeralah muhasabah diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan dibiarkan begitu saja. Lama-kelamaan ia akan terbiasa.

Seperti halnya penyakit, jika ada gejala, segera berjumpa doktor dan makan ubat agar cepat sembuh.

Begitu pula dengan ruhiyah kita. Kalau sudah ada gejala penurunan anjakan ruhiyah, segeralah kita muhasabah diri. Bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?

Jangan-jangan kita banyak mengerjakan maksiat hingga menghalang amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga daripada melakukan perkara yang makruh, bahkan diharamkan Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama atau filem yang melalaikan meskipun cuma satu atau dua jam.

Mungkin mata kita tidak dijaga daripada melihat perkara yang tidak berguna, bahkan mengandungi maksiat. Akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah pada-Nya. Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam. Mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat e-mel yang memberi nasihat.

Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah S.W.T kerana kita tidak menjaga telinga kita. Telinga kita gunakan untuk mendengar gosip atau muzik melalaikan, bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik.

Akhirnya, pada waktu malam, telinga kita tidak mampu mendengar deringan jam loceng bahkan suara azan. Telinga kita rasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga kita bosan mendengar nasihat.

Selain itu, mulut penting untuk dijaga kerana ia banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke neraka. Mulut boleh menjadi sarana ghibah, fitnah dan caci maki.

Mulut tidak dapat kita kawal. Macam air saja mengata perilaku kawan-kawan. Kita tidak kenal pun dengan si polan, tapi mulut kita seronok mengata mereka. Mulut kita juga berat nak berzikir. Kenapa ini terjadi?

Begitu juga hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu dijaga. Hati ibarat pemimpin manakala organ tubuh yang lain adalah komando. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat.

Hati ibarat cermin. Semakin banyak membuat maksiat, maka semakin banyak noda titik hitam di cermin itu. Atau mungkin tidak ada lagi titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan.

Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat, kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu.

Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bercanda atau bergurau senda. Kita boleh bergurau senda untuk menceriakan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah.

Tapi hendaklah memperhatikan adabnya. Perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan perempuan dalam satu majlis.

Tengoklah diri kita. Muhasabahlah diri kita. Jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain daripada kemaksiatan, segeralah kita bertaubat dan istighfar diri.

Tidak ada kata terlambat untuk kebaikan. Seharusnya kita sayang jika tidak boleh tadarus al-Quran meskipun hanya terlepas satu hari.

Kita berasa sayang jika tidak ada nikmat beribadah. Jika masih berasa sayang, jagalah diri kita dan Allah akan menjaga kita agar sentiasa dekat dengan-Nya

BOIKOT: PREJUDIS, PERSEPSI ATAU SIKAP SENDIRI?

Boikot atau tidak? Itu mungkin persoalan yang telah lama berlegar dikaki minda sesetengah umat islam yang kelihatan agak bingung memikirkan isu ini. Pelbagai medan perbincangan serius diwujudkan dengan pelbagai nada panas mahupun suram telah menyentap minda umat Islam. Wujudnya pro dan kontra terhadap kempen boikot ini menambah lagi gulana hati umat Islam. Namun, majoriti agamawan menyeru ke arah pendekatan jihad ekonomi dengan menyokong kempen boikot ke atas produk keluaran Amerika Syarikat (AS) dan juga Yahudi. Penulisan ringkas ini cuba menilai secara adil isu ini disamping cuba melontarkan buah pandang yang mungkin bermanfaat untuk difikirkan meskipun tidak diguna pakai.

Beberapa sarjana dunia Islam seperti Dr Yusuf Al-Qardhawi menyeru umat islam memboikot produk Israel bagi memberi tekanan ekonomi terhadap rejim zionis. Menurut Dr. Hussein Shihata, Professor Ekonomi Islam, dari Fakulti Perdagangan di Univerisiti al-Azhar, jihad ekonomi bertujuan melemahkan ekonomi Zionist, gerakan anti Islam dan sekutu-sekutunya serta pada dalam masa yang sama mengukuhkan ekonomi negara Arab dan orang Islam bagi menjadikan mereka berdikari didalam ekonomi mereka. Menurut sebuah laman web yang menyokong kempen boikot ini, keberkesanan kempen boikot ini boleh dinilai dengan kejatuhan sebanyak 60% jualan produk minuman Coca-cola di Asia Barat dan kemunculan minuman ZamZam Cola keluaran syarikat Iran mula mendapat perhatian dipasaran. Makanan segera seperti McDonalds juga merasa kesan yang serius apabila ada cawangan mereka yang terpaksa ditutup sehingga ada cadangan supaya nama McD ditukar kepada nama yang lain. Kejayaan ini membuktikan kempen boikot oleh hampir 1.3 billion umat islam merupakan salah satu kuasa yang mampu menganggu gugat ekonomi mana-mana syarikat besar dunia.

Kita telah dihidangkan dengan contoh yang memiliki angka dan statistik yang begitu ampuh dan meyakinkan, namun bagaimana kesannya pada ekonomi umat islam? Melihat kesan dari sudut yang kecil seperti Malaysia, ramai yang sedar atau mungkin terlepas pandang tentang nasib puluhan ribu umat islam yang turut sama bernaung di dalam syarikat yang tersenarai dalam siri kempen boikot ini. Jika ingin dikecilkan skop kepada syarikat makanan segera yang berkonsepkan francais seperti KFC, McDonalds dan juga Pizza Hut, dianggarkan ada 30 000 ribu rakyat Malaysia yang bekerja di bawah syarikat terbabit dengan anggaran jumlah gaji tahunan mencecah ratusan juta ringgit setiap tahun. Jika kempen boikot ini berjaya sehingga menenggelamkan syarikat terbabit, ke manakah hala tuju sejumlah mereka itu? Adakah sejumlah besar mereka itu yang majoritinya Melayu Islam mampu meneruskan survival hidup tatkala dunia berhadapan dengan krisis ekonomi hasil dari kelembapan ekonomi AS?

Melihat prospek peluang pekerjaan di Malaysia ketika ini, terdapat 16 000 peluang pekerjaan yang diiklankan seperti yang dinyatakan oleh Datuk Subramaniam, Menteri Sumber Manusia. Namun semenjak 1 Januari 2009, dianggarkan lebih kurang 10 000 orang telah kehilangan pekerjaan kesan daripada kelembapan ekonomi dunia. Jumlah sebenar masih belum dapat dipastikan apabila masih terdapat pengumuman beberapa syarikat yang akan menutup kilang-kilang mereka. Terbaru, Syarikat Panasonic Corp mengumumkan akan menutup kilang komponen elektronik di Melaka dan menggabungkan dua kilangnya di Selangor. Menurut jurucakapnya, Akira Kadota, penutupan itu menyebabkan pemberhentian kira-kira 500 pekerja. Mengambil kira perkembangan semasa dan melakukan perkiraan mudah, beberapa persoalan wajar dihadam seperti adakah ekonomi Malaysia mampu menyerap kesan daripada hasil boikot ini jika ia berjaya? Jika di Palestin rakyatnya dibunuh dengan kejam tanpa sikap belas kasihan, mungkinkah di Malaysia akan mencetuskan suasana baru di mana berlakunya krisis ekonomi yang teruk dikalangan rakyat sehingga mendesak sesetengah daripada mereka nekad melakukan kerja yang bercanggah dengan undang-undang? Mungkinkah juga akan berlaku krisis pendidikan apabila ada dikalangan ibu bapa yang sudah tidak mampu lagi menyekolahkan anak-anak mereka?

Terdapat pandangan jangka masa panjang yang dilihat lebih agresif namun disifatkan terancang berkaitan kempen boikot namun memerlukan komitment yang tinggi daripada pihak pemerintah. Kerajaan wajar memulakan satu dasar polisi baru di mana setiap syarikat atau pelabur baru yang ingin melabur di Malaysia perlu mengistiharkan ia bebas daripada sebarang aktiviti yang menyumbang atau menyokong keganasan seperti pengganas rejim Zionis. Dasar ini penting bagi menghalang kemasukan syarikat yang berkepentingan Zionis agar tidak menyukarkan kempen boikot bagi jangka masa panjang. Kerajaan juga perlu mewujudkan sebuah badan yang bertindak sebagai entiti bebas bagi menyiasat kebenaran dakwaan sesetengah pihak terhadap beberapa syarikat asing seperti dari AS yang menyalurkan dana kepada zejim Zionis. Jika terbukti benar dakwaan itu, kerajaan perlu menyekat sebarang bentuk pelaburan baru syarikat terbabit seperti pengiklanan di media massa dan juga pembukaan cawangan baru di dalam Malaysia. Tindakan ini akan memberikan tekanan yang hebat kepada syarikat terbabit namun dalam masa yang sama masih lagi melindungi nasib pekerja yang bernaung di bawah syarikat itu. Skim tawaran kerja wajar diberikan kepada mereka yang berkerja di bawah syarikat yang terbukti menyalurkan dana kepada rejim Zionis bagi memberi mereka peluang dan ruang pekerjaan yang baru sebelum langkah yang lebih agresif diambil kepada syarikat terbabit. Skim ini tidak mustahil untuk dilaksanakan jika wujud kerjasama diantara pihak kerajaan dan juga syarikat swasta tempatan yang prihatin terhadap isu di Palestin. Kewujudan premis-premis baru perniagaan wajar dikembangkan bagi mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada rakyat Malaysia. Tekanan yang hebat seperti ini mampu memberikan impak yang cukup besar pada syarikat terbabit dan secara tidak langsung melumpuhkan perkembangan ekonomi syarikat itu dalam jangka masa panjang.

Selain daripada kempen memboikot produk dari AS dan negara Yahudi, masih terdapat beberapa pandangan yang releven dan dilihat mampu memberikan tekanan kepada AS selaku tulang belakang kepada gerakan rejim Zionis. Negara Malaysia banyak bergantung pada matawang Dollar dalam urus niaga luar negara, kesannya ekonomi Malaysia dilihat banyak bergantung pada kestabilan matawang negara “Uncle Sam” itu. Kerajaan harus bersikap proaktif dengan menimbang semula penggunaan matawang Dollar dan mula melihat alternatif lain seperti penggunaan matawang Euro yang dilihat lebih stabil atau kembali merencanakan semula idea “Dinar Emar” yang dipopularkan oleh mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir. Idea asal penggunaan Dinar Emas ini mula dipelopori pada tahun 1983 oleh Profesor Omar Ibrahim Vadillo. Ketika itu dikhabarkan idea ini sangat popular dikalangan negara Eropah, namun kurang diketahui oleh masyarakat Islam. Pada tahun 2002, ia kembali bersifat populis apabila Tun Dr Mahathir komited untuk menjadikan Dinar Emas sebagai pembayaran dua hala Malaysia dengan rakan-rakan dagangnya. Kini idea Dinar Emas dilihat gagal apabila tiada kesinambungan untuk meneruskan agenda ini apabila tampuk kerusi yang memerintah bertukar tangan. Jika kempen boikot matawang Dollar ini berjaya direalisasikan, pastinya ekonomi AS menjadi semakin parah apabila matawang Dollar semakin kurang diguna pakai dan akhirnya mendesak pihak pentadbiran White House kembali memikirkan semula polisi luar negaranya yang sebelum ini sentiasa bersifat berat sebelah terutamanya apabila melibatkan isu umat Islam di Palestin.

Sikap umat islam di Malaysia harus berubah dengan tidak hanya bertindak berdasarkan sikap prejudis atau bergantung pada persepsi sahaja, ia harus bertindak melalui sikap sendiri yang mana mampu berfikir secara kritis dan adil apabila berhadapan dengan sesuatu isu. Sesetengah daripada kita hanya tahu mengikuti kempen boikot tanpa berfikir panjang tentang pro dan kontra isu ini. Ada juga yang memiliki pemikiran satu hala yang mana sentiasa menganggap dirinya berada pada landasan yang betul. Manusia sebegini tidak memiliki ruang untuk menerima kritikan dan pandangan orang lain. Kempen memboikot memang mudah untuk dilafazkan secara teori semata, namun pada hakikatnya ia memberikan kesan yang berangkai dan pelbagai. Tindakan memboikot secara melulu tanpa melakukan perancangan dan kajian terlebih dahulu bukan hanya akan melumpuhkan ekonomi Yahudi, tetapi juga memberikan impak yang negatif pada mereka yang tidak berkepentingan. Oleh itu, jika kita mahu memboikot, lakukanlah dengan rasional, bukan dengan emosional.

Aktiviti berjemaah erat hubungan suami isteri


SESETENGAH pasangan suami isteri kurang mengerti mengenai adab dan aturan berumah tangga. Disebabkan kejahilan itu, hubungan yang terjalin mudah menjadi longgar, pudar dan tidak bermaya.

Justeru, Islam menggariskan adab tersendiri bagi memastikan hubungan suami isteri sentiasa segar dan tidak mudah goyah. Berikut, antara adab yang digariskan sebagaimana dijelaskan cerdik pandai Islam:

· Bersikap lemah lembut, terutama suami terhadap isteri. Jangan sekali-kali berlaku kasar terhadap isteri. Ini kerana Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nisa’, ayat 19, bermaksud: “Dan pergaulilah isteri kamu semua dengan cara yang paling baik.”

· Pada kali pertama bersua, iaitu pada malam pertama, suami dianjurkan memegang isteri pada ubun-ubunnya.

· Digalakkan supaya mengerjakan solat sunat dua rakaat secara berjemaah sebelum melakukan hubungan seksual.

· Isteri hendaklah mentaati suami dalam perkara yang disuruh, selagi suruhan dan nasihat itu tidak bertentangan dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya.

· Banyak melakukan aktiviti secara berjemaah seperti makan bersama, membaca al-Quran bersama, menunjuk ajar anak-anak dan mandi bersama.

· Setiap pasangan suami isteri hendaklah tampil di hadapan yang lain dalam keadaan kemas, bukannya kusut masai dan dalam keadaan tidak terurus.

· Tidak menceritakan hubungan dengan pasangan kepada orang lain kerana Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya orang yang paling jahat kedudukannya di hadapan Allah pada hari kiamat nanti iaitu seorang lelaki yang mendatangi isterinya dan seorang perempuan yang berjimak dengan suaminya, kemudian disiarkan rahsianya itu kepada orang lain. (Hadis riwayat Muslim)

· Setiap suami dan isteri makruh melihat aurat antara satu sama lain. Nabi s.a.w tidak pernah melihat aurat isterinya.

· Ketika berjimak, suami tidak digalakkan melakukan ‘azal (memancutkan air mani di luar faraj isteri) kerana ia akan memutuskan kenikmatan.

· Suami diwajibkan menyara isteri dan membelikan pakaian untuknya.

· Suami dilarang meninggalkan daripada bertegur sapa dengan isteri di luar rumah walaupun ketika nusyuz.

· Suami dilarang memalukan isteri, menjauhi isteri dan memukul isteri pada bahagian muka. Ini kerana ada hadis bermaksud: “Seorang sahabat telah bertanya kepada nabi mengenai hak seorang isteri terhadap suaminya. Nabi s.a.w menjelaskan: Engkau memberinya makan apabila engkau makan dan memberikannya pakaian apabila engkau memakai dan janganlah engkau memukul wajahnya dan janganlah engkau memalukannya dan janganlah engkau menjauhinya kecuali di dalam rumah sahaja.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Abu Daud)

· Suami dilarang melakukan hubungan jimak dengan isteri ketika isteri dalam keadaan haid. Sebaik saja isteri suci, suami dihalalkan mendatanginya dengan syarat selepas mandi hadas besar.

· Sekiranya suami itu berpoligami, hendaklah berlaku adil kepada setiap isterinya.

ISU MURTAD: UMAT ISLAM PERLU LEBIH SENSITIF

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan pelbagai isu yang melibatkan umat Islam di dalam negara dan di luar negara. Walaupun isu umat islam di peringkat antarabangsa seperti Palestin dan Israil dilihat seperti tiada berkesudahan,namun kita telah digegarkan dengan kekejaman Israil dengan angkuh menyerang negara-nagara Islam seperti Lubnan. Serangan ini telah meragut ratusan nyawa umat islam.

Namun,di negara kita Malaysia satu permasalah yang kian meruncing telah berlaku yang boleh meragut akidah umat Islam. Isu murtad telah menjadi satu permasalahan yang perlu diselesaikan dengan segera. Dapat diperhatikan pada dunia yang serba moden hari ini,pegangan akidah umat Islam di Malaysia seakan-akan kian goyah. Ini telah dinyatakan oleh Mufti Besar Perak S.S Dato’ Harun Sani dalam satu kenyataan beliau bahawa hampir 100,000 orang Islam di Malaysia memohon untuk keluar dari agama Islam.

Perkara yang harus dilihat secara serius dan terperinci adalah mengapa ada umat Islam yang sanggup meniggalkan agama yang syumul ini yang telah di bawa oleh nabi-nabi dan para sahabat terdahulu. Adakah umat Islam kini sudah lupa dan tidak yakin tentang agama yang mereka anuti ini? Hanya agama islam sahaja yang diterima Allah dan agama ini telah Allah nukilkan dalam firmanNya

”Sesungguhnya agama (yang diredhai) Allah S.W.T hanya Islam”
(Surah Ali-Imran:19)


Seikh Ahmad Mustafa al-Maraghi dalam menghuraikan ayat ini berpendapat bahawa agama Islam merupakan satu kebenaran yang mutlak dan tidak perlu diragui. Agama ini merupakan hanya satu ajaran yang diterima oleh Allah S.W.T yang menjadi penyuluh kepada kehidupan manusia dan seharusnya menjadi pegangan yang kukuh.

Adalah jelas sekali umat Islam dilarang untuk menyamakan ajaran Allah S.W.T dengan mana-mana agama selain daripada ajaranNya. Menurut Prof Syed Muhamad Naquib al-attas bahawa agama Islam ni merupakan cahaya yang terang lagi suci. Adalah tidak wajar umat Islam yang berada dalam cahaya terang ini terjun ke kawasan yang gelap dan tidak bercahaya.

Penulis ingin mengajak para pembaca memahami kenapa isu murtad ini amat penting dari konteks undang-undang negara kita. Isu Lina Joy yang telah memohon untuk menggugurkan perkataan Islam dalam MyKadnya semakin kini semakin hangat diperkatakan.

Ini kerana wujudnya serangan-serangan yang melaungkan kebebasan individu untuk dalam beragama. Sementara itu Mahkamah Syariah dan Mahkamah tinggi tidak mempunyai bidang kuasa yang luas untuk menangani isu ini. Ini jelas dilihat dengan tersiarnya berita tentang seorang doktor dan bekas isterinya yang berbeza agama untuk mendapatkan penjagaan dua anak mereka. Kes ini tidak dapat diputuskan oleh Hakim Mahkamah Rayuan kerana menunggu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kes Lina Joy.

Sekiranya isu ini tidak ditangani dengan berkesan,maka ia boleh membawa implikasi yang buruk kepada Institusi –institusi di bawah naungan Raja-Raja Melayu. Antaranya ia akan mencabar dan menghakis kedaulatan dan kuasa Raja Melayu dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Ini secara tidak langsung akan menjejaskan Kuasa Mahkamah Syariah di negara berhubung dengan Agama Islam. Apa yang lebih membimbangkan kelak,sekiranya institusi kehakiman Syariah lumpuh,adalah dikhuatiri seseorang Islam bebas menganuti dan mengamalkan Islam mengikut kehendak mereka tanpa ada penguasaan dari pihak berwajib.

Sebagai umat Islam kita seharusnya mempunyai rasa sensiviti yang tinggi terhadap perkara-perkara yang melibatkan akidah umat Islam. Kita seharusnya bersatu dan bersama-sama melindungi agama Islam yang tercinta ini.

~LuKIsaN Alam~


Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan kesenangan
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)

Hasbiallah,
HasbunallahHasbi Rabbi jalallahu
Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu